FATIN ALIAH
ENTRY Fatin? LINKS twitter facebook instagram tumblr ask FM
FATINNNNNNN! Think carefully
Tuesday, February 12, 2013 • 7:56 PM • 1 comments
Tadi aku merayau jap kat blog Fatin Liyana, aku dok kumbah kumbah blog dia and jumpa la satu entri yang membuatkan aku manapak 1 jam di blog Fatin Liyana tu.

Entri tentang hala tuju selepas SPM, yelah aku kan penganggur terhormat sejak jadi manusia lepasan SPM ni. Hahai aku redha T_T

Ini la entri yang aku baca tadi.....


Tadi aku check-check comments, tengok ada sebilangan kecil adik-adik lepasan SPM yang tanya pendapat tentang hala tuju diorang lepas SPM. Memang parah la nak reply satu-satu, sampai kiamat pon memang tak lah kan. Jadi aku rasa biar aku cerita kat sini jer. Tapi aku nak buat disclaimer sikitlah, apa yang aku akan cakap ni adalah berdasarkan pengalaman aku, so pandangan aku mungkin berbeza dengan sesetengah pihak. Pokok pangkalnya, jadikan apa yang aku bakal cakap ni sebagai guidance je, keputusan akhir di tangan anda. You are the one who's going to settle down with your decision.

Ok dulu masa aku masih sekolah, aku tak tau dah besar nak jadi apa. Err, padahal umur 17tahun dah consider besar la kan. Aku keliru. Masa zaman sekolah ni jugak, banyak keputusan kita dipengaruhi oleh rakan sebaya. Peer pressure sangat memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh, aku adalah seorang manusia yang sangat-sangat tidak suka fizik. Masa waktu fizik aku akan berangan nak pegi outing, tidur di bilik sakit atau duduk dekat tangga untuk study Biology. Biology adalah subject yang sangat tough bagi aku dulu.

Korang tau kan UTP adalah U yang sangat diidamkan oleh budak-budak sbp? UTP ni kira ada wow factor lah. Siapa yang dapat masuk UTP guna result trial SPM tu kira macam gempax gila. Rasa macam dah dapat masuk Oxford dah. Ramai gila budak-budak apply UTP walaupun dorang bukan suka sangat pon engineering course, tapi dorang masuk for the sake of fame. Aku dulu pon sikit lagi nak terpengaruh. Geram je tangan ni nak isi application form. Tapi sebab ayah & ibu aku jenis yang outspoken, dorang selambe je sound yang aku ni lemah sebab senang sangat terpengaruh dengan orang lain. Maka aku batalkan je niat aku tu :')

Lepas tu aku pon dapat result SPM. Aku dapat 9A1B je. Tak hebat macam adik-adik sekarang. Masa zaman akak dulu, tu kira oklah tu. Aku pon bukan pandai nau. Ha lepas tu aku dapatAsasi UIA. Aku kurang sikit dengan UIA ni sebab tak banyak senior atau member dekat sana. Dont be offended tau student-student UIA hehe. Lepas tu ada several factors yang membuatkan it was totally a no-no for me. Asasi 2 tahun & compulsory to study Arabic.

And then, aku apply untuk study oversea. Masalahnya, aku tak tau nak amek course apa. Engineering taknak, Medic pegi mampos. Dua course ni adalah musuh ketat aku. Aku heran gila asal orang suma berlumba-lumba nak jadi doctor. Padahal gaji sikit tak worth dengan penat yang kau alami. Tak kira lagi study susah-susah, in the end jadi kuli kat hospital. Itu apa yang aku rasa dulu, sekarang tak lagi hehe..

Last-last aku apply pharmacy JPA. Asal pharmacy? Entah sebab aku pikir, aku boleh bukak farmasi sendiri. Aku suka generate duit, thats why kadang-kadang orang dok kata, aku ni berotak bisnes. Sikit-sikit nak untung. Aah betul la tu. Aku tak suka rugi dan buang masa macam tu jer. Aku nak benefit dari setiap apa yang aku buat. Except untuk amal jariah. Kalau aku bersedekah tu, kira memang aku dah ikhlas dan tak mengharapkan apa-apa balasan.

Member aku cakap, susah nak dapat JPA, baik mintak MARA jer. Yelah lagipun SPM aku bukan straight A's pon. Tapi aku rasa macam nak mintak JPA jugak sebab dengar kata hati konon. Sekali amek kau, permohonan aku ditolak. Kalau JPA dah tolak sekali, dah tak boleh apply MARA dah. Sebab tu korang kena pikir betul-betul nak amek scholarship yang mana satu. Down gila aku masa tu, dah la JPA tolak aku, dapat pulak Asasi UIA yang aku paling taknak. Rasa macam dunia ni tak adil...

Aku ada jugak tanya-tanya pendapat orang, apa patut aku buat dalam keadaan macam ni. Rasa macam sia-sia je belajar susah-susah selama 2 tahun. Member aku cakap, masuk je Asasi UIA tu nanti boleh tukar course kalau result asasi ok. Asasi kot weyh, rugi kau tak ambik, takkan nak masuk Matrix kot?? Konon Asasi macam cool la dari Matrix. Matrix adalah pilihan terakhir untuk semua SPM leavers. Tapi masalahnya, asasi UIA tu 2 tahun. Dah membazir masa kat situ, kalau aku tak dapat tukar course macam mana? Dia dah la bagi aku asasi sains kesihatan, my last choice I was like whatttt??

And then sorang member aku ni suggest supaya aku apply scholarship macam PNB ke Sime Darby ke. Course tak kesah, janji dapat pi oversea. Dia kata, secure je tempat dulu, lepas tu minat tu akan datang sendiri. Aku try bukak, hmmm accountancy, politic science etc what the heck was that? Kalau aku dapat scholarship tu pon, setakat boleh buat modal nak gebang kat orang kampung je la. Lepas tu belajar lingkup. Huhu aku tanya pendapat ayah aku, memang aku kena maki lagi sekali.

In the end, aku masuk Matrix. Masalah matrix ni adalah, kau kena power. Kalau tak power memang tak dapat tempat langsung untuk degree. You have to compete dengan budak-budak asasi. Lagi satu, dia macam tempat untuk kau start a new life. Ibarat macam kau punya result SPM teruk gila pastu kau nak repent and yeah Matrix is the one for you. Senang kata ia adalah tempat buangan untuk spm-leavers yang tak dapat pegi mana-mana. Aku agak terkilan sebab result SPM aku takdelah teruk mana. Ok budak-budak matrix jangan terasa hati k, akak kau ni pon matrix jugak dulu hehe.

Kawan-kawan aku suma kalau tak buat A level, mesti masuk UTP atau masuk Asasi. Yang masuk matrix cuma yang dapat result biasa-biasa. Mental down gila aku time tu. Member-member seangkatan kalau call aku, depa mesti cakap 'Ha?? masuk matrix? asal tak pegi oversea? Ingat senang agaknya nak pergi oversea. Lepas tu tak kurang jugak yang perlekehkan aku sebab aku tak pergi mana, hanya study di Matrix ja. Sebulan dua juga aku amek untuk menstabilkan keadaan mental. Aku bukan takboleh nak apply benda lain, boleh. Tapi aku takmau buat sesuatu yang aku tak minat. Boleh jer ambil course mengarut, kalau stakat nak pergi oversea. Tapi aku taknak. Aku taknak pikir short term. Ni berkaitan dengan future aku. Lepas study kau akan kerja. Takkan kau nak study politic science lepas tu end up kerja jadi cikgu tusyen?

Aku just go with the flow. Aku still mencari minat aku yang sebenar. Masa dekat matrix best gila, aku suka sangat. Study teratur, kawan-kawan praktikum best-best, roomates baik hati, lecturer rajin & suka tolong students. Pokoknya tak rugilah aku masuk matrix. Despite orang dok caci maki Matrix, aku yang study sana merasakan the other way round. Di matrixlah, aku dapat rasa yang Medic is the one for me. Aku rasa macam nak sangat buat medic. Kali ni memang aku yang buat keputusan sendiri tanpa ada sebarang pengaruh dari orang lain. Dalam borang UPU, ada 8 kotak pilihan. Dari satu hingga tujuh, aku isi medic. Kotak ke lapan, aku kosongkan. Kira ni memang berani matilah. Kalau tak dapat medic memang aku takde masa depan lah, terpaksalah aku kerja je kat company ayah aku.

Result matrix pon keluar, aku dapat 3.8 bukan 4 flat. Orang kata kalau nak amek medic mesti 4 flat. Sekali lagi aku down. Rasa macam dunia ni gelap. Aku dah kecewa gila dengan hidup ni, semua yang aku nak aku tak dapat. Dah la aku isi semua MEDIC, kalau tak dapat medic memang tak dapat apa la kan. Aku pasrah jelah, malas aku nak sedih-sedih lagi. Dalam hati aku fikir, kalau inilah yang Allah mahu aku buat,aku redha..kalau kejayaan tu bukan milik aku, aku pon redha.. Jadi aku pon start kerja dekat company ayah aku.

One day, kawan aku telefon, ayah kawan aku ni kerja dekat Kementrian Pelajaran. Dia kata result student Matrix tahun ni tak berapa mengancam. Purata dapat 4 flat sangat sikit. So student yang 3.8 above sangat tinggi potensi untuk dapat medic. Nak terduduk aku dengar berita tu...

Syukur alhamdulillah, aku dapat my first choice, Medic UPM. Gembira tak terkata. Bukan senang nak dapat medic dalam negara. Kalau ada kawan-kawan korang yang study medic dalam negara tu, maksudnya dia sangat pandai la tu hehe. Aku memang bersyukur sangat-sangat sebab tak sangka kan, rezeki aku Allah murahkan. Tapi tak memasal lepas tu, Mara hantar surat kat rumah aku, dia bagi tawaran study medic oversea. Padahal aku tak pernah apply apa-apa pon.

Orang kata, yang result power-power(4 flat) goverment simpan duduk dalam negara, yang result tak berapa baik (<3.8) diorang hantar ke luarnegara macam indonesia, egypt & bla bla. So aku berbelah bahagi. Aku nak try hidup di negara orang at the same time aku dapat medic dalam negara yang semua orang idam-idamkan kot? Nak kepuasan ke nak fame? Pilih.

Anyway, aku pegi je interview MARA tu, ada 2 Session interview & sat for the entrance exam. Aku pikir, kalau aku dapat U yang jauh ke hulu tak mau aku pergi, bek aku study kat UPM jer. Aku tak pikir apa sangat pon sebab dah dapat tempat kat UPM kan. Sekali bila result keluar, aku dapat Twinning Program UNPAD-UKM. Unpad dekat Bandung ok, syurga shopping. Lepas tu UKM top kot. I got to experience 2 Universities at 2 different countries. Peluang jarang dapat. Lagipun every year hanya 50 orang je yang terpilih untuk program ni.

And yes, here I am. In 2 weeks time aku akan balik mesia to pursue my clinical phase dekat PPUKM. Syukur alhamdulillah, Allah has perfectly planned everything for me. Kita hanya perlu berdoa & bersabar, insyaallah Allah akan berikan yang terbaik untuk kita. He knows better than us. Kalau adik-adik tak dapat apa yang diidamkan, just banyakkan berdoa & redha. Mungkin kita tak dapat sekarang, tapi akan datang kita akan dapat yang lebih baik :)

Akak kau ni pon takdelah hebat sangat sampai pidato peringkat antarabangsa, SPM straight A's bagai. Akak takde semua tu. Setakat main sport wakil sekolah tu je lah. Tapi dah Allah bagi kita rezeki, kita bersyukurlah. Kejayaan dalam bentuk black & white bukanlah kayu ukur untuk kita berjaya di dunia ni. Ada yang straight As tapi UPU pon tak dapat. Ada budak dapat 3 A je tapi bila jadi technician kat aircraft dapat gaji beribu-riban. Mengalahkan engineer yang dulunya top student kat sekolah.

Rezeki Allah ni macam-macam. Kita tak boleh nak bandingkan orang ini dengan orang itu berdasarkan satu faktor sahaja. Adalah tidak rational dan tidak adil untuk mengukur kepandaian seseorang dengan melihat keputusan SPM sahaja. Mana tau budak tu genius gila tapi masa SPM dia demam jadi dia dapat 5A je ke kan. The point is, nothing is absolute in this world. There's a shade of grey between black & white.

Jadi adik-adik tak harus mendengar kata-kata orang yang sibuk mengecam. Abaikan mulut orang, orang hanya tau berkata-kata je. Bila kita buat keputusan, make sure keputusan itu adalah yang terbaik dan memang keinginan kita. Bukan keinginan mak kita, bukan keinginan jiran kita atau kawan-kawan kita. Jangan terikat dengan pemikiran masyarakat kita, kalau tidak you wont go elsewhere. Contoh macam, budak science je pandai, yang tak amek science suma tak pandai. Tidak. Kalau itu minat awak, abaikan mulut orang and just go on. Macam akak nak masuk matrix dulu, ramai kot yang tak kasi masuk. Kalaulah akak dengar cakap diorang dulu dan tak masuk matrix, memang akak tak dapat apa yang akak ada sekarang =')

Itu saja yang aku ingin cakap. Aku jugak ada terima beberapa comment yang kata 'Alah FL amek medic indon je pon, aku pon boleh pegi bila-bila masa kalau nak'. Silakan. Takde sapa heran. Kita kalau hidup asek nak mendengki je memang tak kemana-manalah. Mungkin kau boleh recruit banyak pengikut yang sekepala ngan kau, tapi pokok pangkalnya Allah tau hati kau camne. Takde mana murahlah rezeki kau. Siryes beb. Appreciate je dengan apa yang kau ada, jangan nak membandingkan diri kita dengan orang lain sangat. Kalau kau lebih bersyukur, hati kau akan rasa lebih tenang dan jauh dari sifat dengki.

Last sekali, bila orang lain ada kelebihan, jadikan mereka sebagai inspirasi bukan musuh. That's the art of life. Harap sangat entry akak ni dapat membantu adik-adik yang dalam kebuntuan. Mintak maaf kalau ada tersilap kata atau ada sesiapa yang terasa hati. Akak ni manusia biasa yang tak terlepas dari membuat kesilapan. Apapun, ambil yang jernih dan tinggalkan yang keruh. Stop hating and make this world a better place to live =)

saje je copy paste entri tu kat sini. Mana tahu ade makhluk yang malas nak dok merayap ke blog lain. Kak Fatin, mintak copy paste ye. Hihihi. Rasa macam aku cakap dengan diri sendiri bila sebut "Kak Fatin"

Lepas aku baca entri tu, aku still blurr sebab aku ni takde pendirian. Nak lintas jalan pon kene orang pimpin. Yang ni aku tak bohong. HAHAHA. Rindu pulak zaman sekolah, Zatul tolong aku lintas jalan sebab aku fobia and takot kene langgar. Apa kes dengan aku ni -_-

haha ok bye ,assalamualaikum~

Sleepy Bear a.k.a Si Malas
Monday, February 11, 2013 • 1:22 AM • 0 comments


Itu diaaaaaaa..... Ayah kesayangan saya yang sedang memeluk sleepy bear also known as Simalas. Tido je kerje dia. Ayah pulak geram dengan teddy tu. Ingat aku je satu satunya manusia yang geram dengan teddy. hahaha.

Conversation with postman

postman: Adik ni Fatin Aliah ke?
Aku : Ha, yela
postman: Ni barang nye. Tak tahu lah bantal ke ape ni
Aku: yeke, okey terima kasih *sambil tulis nama and ic number
postman: Ade kakak keje kat china ke?
Aku: takde. why??
postman: barang ni memang dari china. Cube tengok code2 die semua tulisan china
Aku: ohh, takde pon kakak yang keje kat china *muka blur
postman: Pakwe la kot yang post dari china?
Aku: tak mungkin *muka bertambah blur

Conversation 2 with Ayah

Ayah: Adik, ayah nak pinjam bear lah, nak bawak tidur. Hujan hujan ni best, takde la sejuk.
Aku: Ehh, mana bolehhhhhhhhh. Ayah kan dah ade "teddy bear" (mak aku la teddy bear ayah)
Ayah: Alah, teddy bear tu tak lembut macam ni.
Aku: *ketawe*

Conversation 3 with cousin

Nana: Kakak Fatin! Nana nak tanya boleh?
Aku: Apa dia?
Nana: Siapa bagi teddy bear besar tu?
Aku: Abang akak la.
Nana: Tipu, boyfriend kak Fatin bagi kan? Kak Fatin tipuuu *sambil buat muka annoying*
Aku: Memang lah, boyfriend akak nombo 11 *kecikkan mata*

Conversation 4 with Mak

Mak: Adik, bak sini teddy bear tu.
Aku: *datang kat mak and bagi teddy*
Mak: *pelok pelok and lepok lepok teddy tanpa belas kasihan*
Aku: *Pemerhati setia*
Mak : jangan tuan kau jadi malas macam kau sudah lah ye (mak cakap pade teddy)
Aku: Mane ade malas mak.. erk -_-

and ade lah conversation lain yang entah la. HAHAHAAH
Lepas dapat bear tu, masuk bilik je senyum sebab dah ade member nak pelok puas puas. hahahah. And boyfriend2 saya yang lain jangan jeles okey, terutama boyfriend saya yang bernama favouritepillow coz dah lame i abaikan you, i tak update post baru . KAHKAH. Ini semua poyo!

Thanks Abang Shyam sebab susah payah post sleepy bear yang comel lagi handsome pade saye.
i promise that i will take a veryyyy good care of him, Simalas. hahaha. Comel sangat bear tu! macam abg. Harhar ^_^ k bye 

SPM. I mean before SPM T_T
Thursday, January 31, 2013 • 5:42 AM • 0 comments


Heheheh seriously aku rindu diorang ! macam macam pe el perangai ade wei. hahaha yang best nye ade pulak buat karoke.. tahu la suare sodap. I mean atan oke.. HAHA sila lah terasa atan!

video ini twlah dirakam oleh my bestfriend iaitu Zatul Ikma. sila tepuk tangan! hahaha
Tapi gua yang edit, penat tau.. T_T

okey aku tak banyak masa.. aku tak busy. hm... tapi busy kot.. busy baca novel. heheh bye.
assalamualaikum

Idioms and Me?? hmm..
Tuesday, January 15, 2013 • 11:08 PM • 0 comments
Header aku kali ni ada kaitan dengan idioms/simpulan bahasa. Ehem ehem... semua yang aku buat tu memang idea aku sendiri okey. Sumpah aku tak ciplak idea sesiape. Aku buat header tu atas bantuan "Encik Besta" merangkap boyfriend ke-3 aku. Kau jangan cemburu pula aku ade 3 boyfriend! [favouritepillow.blogspot.com] ni boyfriend ke-4 aku. ^_^




Header ni transparent, so tak nampak pula bubble yang aku buat. Ha Ha Ha. Nampak macam aku dikelilingi ayat ayat tak tentu hala yang bersepah tanpa sebab -_- ape aku merepak ni!

Jap lah, aku nak cerita sikit idiom/simpulan bahasa yang aku amik tu ^_^ bagi yang dah tahu maksudnye, takpe lah. Aku cerita pade insan yang belum tahu or lupe. Kihkihkih ^_^

1st- "a babe in the woods" means still young and innocent gitu..
hmm.. kalau masuk imagination, aku bayangkan aku perempuan yang duduk dalam hutan! sebab tu la innocent! Kah Kah Kah~ dalam hutan mana ada shopping mall weh! 

2nd- "a card" ? means a joker!
hah! betul la. Aku mana pernah buat crazy prank pade kawan kawan aku. Ish!
Aku selalu buat joke ke? Ohh tidak tidak. Aku rase aku selalu buat joke yang tak sengaje iaitu "BLUR" Mesti korang tak faham kan? kawan kawan aku je faham sebab dorang yang suke gelakkan aku -_-

3rd- "a bundle of nervous" means gementar lah.
Aku ni memang mudah sangat rasa gementar. Bile gementar, mula lah tangan menggigil macam kene parkinson. Selain menggigil sebab gementar, kalau aku lapar pon aku menggigil. Pernah dulu budak budak ni gelar aku parkinson. Ini tidak adil sebab aku tak parkinson pon! huh

4th- "a rotten apple" means someone yang boleh bagi bad influence pade orang lain
Hm... Muke aku ade macam muka budak jahat yang selalu mempengaruhi rakan sebaya ke?
Kau cakap YA?? Tak baik tau tuduh tuduh. Kau tuduh, kau la "a rotten apple" Kah Kah Kah 

5th- "a chip on my/your shoulder" means angry because of what happened in the past. Maksudnya, seseorang yang selalu nak marah marah pasal benda yang dah jadi. Cool lah kawan kawan. "Lets bygone be bygone" atau dalam bahasa melayu, barang yang lepas jangan dikenang. 

6th-"face the music" means face the punishment. Kalau kita dah buat salah, kita kene la terima hukumanye ye tak? idiom ni, teacher bagi masa aku form5 dulu. Until now i still remember. Teacher i Love you. Ahaksss 

7th-"fair weather friends" means friend who are present only when a good time. Hm, yang ni jenis kawan tak guna la senang cerita. Bila kita senang je dia ada. Bila kita susah? Dia lesap? Alhamdulillah. Setakat ni kawan kawan aku semua baik baik belaka. ahakss ^_^ bersusah senang bersama-sama  

8th- "falls on deaf ears" means ignore ! kalau dalam bahasa melayu simpulan bahasa dia "bagai mencurah air ke daun keladi" atau "Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" and mungkin banyak lagi?
Nakal-nakal aku pon, aku dengar jugak apa mak ayah cakap. He He He ^_^ 

9th- "feel blue" means feels sad. rasa sedih..
Apa yang kau buat kalau rasa sedih? huhu. Aku buat ape yang aku tulis la. Tapi yang tu kalau sedih-sedih biase je. Tapi kalau Sedih tahap tak boleh Blah punye, sudah tentu mengadu pada Allah SWT 

10th- "fine and dandy means everything is fine!. Ha Ha Ha ,
memang la aku akan senyum and happy kalau everything is fine! 

11th- "fat change" means no change or VERY little opportunity.Maknenye peluang yang sangat tipis! Tak mengapa, walaupun peluang tipis untuk dapatkan sesuatu, kita tawakal je pade Allah. InsyaAllah apa yang kita nak boleh dapat. Kalau tak dapt jugak, ada hikmah. 

12th- "fit as a fiddle" means good health!hm, semua perlukan badan sihat kan? so jaga kesihatan ok! instant food tu semua takmo la ok?He He He He ^_^ 


kalau kau perasan, hari ni aku rajin sikit sebab aku condongkan SEMUA ayat yang ditulis dalam ENGLISH LANGUANGE. Bukan ape, mudah sikit kita nak bezakan ayat kan? Yelah, korang semua bijak bijak. Aku tahu. He He He He.

Thanks Teacher Magesh sebab dah ajar saya English Form4 and Form5 (even i know that you're not reading this ^_^

One of My Kittens !
Saturday, January 5, 2013 • 7:44 AM • 0 comments
hai, assalamualaikummm.. dak aten membuat entri lagiiiiiii.. *muka bosan*

hari ni aku pergi wedding... erm.. actually aku tak tau wedding siape. hahahahaha.. yang aku tau, datang.. lepas tu makan... makan sekenyang yang boleh sebab komfem mak aku tak masak kat rumah -_-

heheheh, em kalau bab-bab wedding ni malas nak cakap. memang dari dulu sampai sekarang, mesti aku tak amik kisah itu wedding siape... yang aku tau makan... makan.... dan makan... sekarang kau tahu kan perangai aku cam ne? kahkahkah - bukan nak bukak pekung di dadaa.. saje nak kongsi-kongsi... - orang kate sharing is caring.... but GIRLS ! jangan nak share benda yang tak patot pada guys okay? har har

Actually aku tengah malas nak update blog.. tapii.... tapi.. aku ikhlas tau menaip entri ni... serius! harhar
sebab nak share gamba aku dengan my kitten

ini aku dengan si Gimau
em.. jelas sekali terserlah wajah keanakan aku -_-
sila abaikan selipar hodoh tu please T_T

this is my sister... with si Badot
muke die mesti lah matured kan! dah 26 tahun dahhh. hahahha

jap2... aku mengantuk... nak tidur jap... bye

aku suka kucing.. sebab kucing adorable.. ^_^
kau suka tak???

7 Hari Mencintaumu is Awesomeeee ^_^
Friday, January 4, 2013 • 1:59 AM • 0 comments
bebs! nak tau tak.. aku dah habis baca novel 7 hari mencintaiku... caye tak? caye tak? *angkat kenig*
caye lah, novel yang mengandungi 1048 pages *bagi aku sangat tebal -_-

bagi yang tak tau novel tu yang mane, meh sini aku tunjuk cover die




tebal kan? kan? erm.. sebelum ni aku just baca buku novel yang biase je, takde la tebal macam ni T_T
btw, thanks Abg Shyam sebab post kan novel ni untuk Fatin. thanks ye?? ^_^ *buat muke happy jap*
yelah, my brother yang kat JB tu tak rajin pon nak bagi ape2 kat kiteee T_T *sedih jap*


BACK TO THE TOPIC>

Kenape aku cakap novel ni awesome?

sebab cerite die best, mule-mule baca aku rasa bosan la jugak. mane tak nye! yang si Mia Adriana tu keje nak memaki orang je? panas la jugak hati aku.. ish! tapi lame-lame jalan cerite dia makin seronok, yelah.. hidup ni kan ibarat putaran roda.
Novel ni buat jiwe aku tak tenteram, kalau aku baca pukul 10 malam sampai pukul 2 pagi tak habis-habis, aku tak boleh nak lelap mata sebab aku nak jugaaaaakkk tahu ape jadi lepas tu.. ish! tapi, aku tidur jugak bile teringat nasihat Abg Shyam untuk tidur awal.. yelah, lately ni aku asyik kene serang demam je. Apa kes?

Dalam banyak-banyak watak, watak mana yang aku suka dalam novel ni????

hahaha, sudah tentu lah jawapannye Khuzairi *senyum sampai ke telinge
aku pilih watak tu sebab die penyabar, penyayang, romantik (jangan cakap aku menggatal ea) -_-
selain tu, Khuzairi ni dokter tauuuu! HAHAHAHA i likee *angkat kening lagi 

Siapa watak yang paling aku benci?

Mesti lah watak shakila tu.. ehh macam mane tah ejaan nama die.. tengok, betapa aku benci watak tu sampai aku tak nak tahu macam mana ejaan nama dia. wakakakaaa *gelak jahat
orang macam tu baik kita BAKO JERRR~ hahahahah
selain tu, aku benci mak tiri Khuzairi tu.. Mak Leha, tak senonoh betul perangai.. nasib baik finally dia insaf, kalau takkkk aku BAKO Mak Leha tu jugak. kahkahkah

Apa pengajaran yang aku dapat?


  • kita kalau dah berharta, jangan lupa mak bapakk *amekauuu
  • kalau boleh, tak payah la EGO tu terlalu tinggi, tak ke langit pun ego tinggi ni . huh~
  • jangan mudah percaya kata-kata orang~ tak elok untuk kesihatan.. kesihatan mental ok! hahahaha
  • jage maruah.. jage.. jage............. *tettttt hahahahaha

Dah kot... dah cukup dah cerite pasal novel yang aku baca. Ahahaha T_T *nangis
erm.. ayah aku tak kasik aku kerje.. yelah, lameeeeeee kot aku cuti, tak kan duduk rumah makan tidur je??? aku ni dah la kadang-kadang kaki shopping.. tapi aku beringat kalau bershopping ponnnn. Patotkah aku kikis duit bapakkk aku? patot kah??? HAHAHAHA T_T *nangis lagi
takpe lah, ayah aku pon dah bagi GREEN LIGHT kalau nak shopping mintak duit kat dia, sorry k sorry.. aku memang cenggini.. jangan risau, aku tak EGO pon.. tak.. tak... HAHAHAHAHAHA!!!

ok la.. bye Assalamualaikum

new headerrrrrrrr....
Tuesday, December 25, 2012 • 8:11 AM • 0 comments







saje nak menyedarkan diri yang kejap lagi da nak masuk 2013.
so tukar header yang menunjukkan muka aku dari 2010 sampai 2012
okayyy.. gudniteeeeeeee..
malas nak buat entri... sejak keje aku makan tidur kat rumah ni. nak buat new post untuk blog pon dah malas...
please fatin U_U





PASTFUTURE
MY Pillow





Thank You





Follow Me?



Owner
Assalamualaikum and Hi! thanks for spending your time to explore my world!



Links?






Tweets




Ask ME




Stories

  • Hari Terakhir Merayau Dalam Kolej Matrikulasi Perak
  • Lost World of Tambun
  • THUMBS UP! for this inner scarf ! yeayy
  • My lovely sister's E-Day ^_^
  • FATINNNNNNN! Think carefully
  • Sleepy Bear a.k.a Si Malas
  • SPM. I mean before SPM T_T
  • Idioms and Me?? hmm..
  • One of My Kittens !
  • 7 Hari Mencintaumu is Awesomeeee ^_^